Saat ini, hanya Allah tahu yang sebenarnya kamu dimana..Detik terus berlalu, pelbagai spekulasi sepanjang kehilanganmu..
Tentu sahaja aku tau, erti kehilangan itu, erti rindu itu, erti sayu erti sedih semua insan kesayangan mu.. Aku tahu, tapi.. takkan sama perasaan itu.. Lelah yang kuhembus takkan sama berat nya linangan air mata seorang ibu..
Betapa besar harapan kami tinggi lagi harapan keluarga agar kau kembali.. Betapa kuat mereka bertahan, begitu banyak pengharapan..Pulang la anakanda dengan selamat..Pulang arjuna insan kepangkuan yang tersayang..
Tapi apa daya jika itu yang telah tersurat.. Jika ini aturan Allah, ku doa agar kalian damai didalam peliharaan Tuhan.. Walau apa pun kisah yang tersirat aku pasti mereka redha dengan ketentuan Tuhan..
Damailah kalian, nantikan nanti pertemuan abadi di pintu syurga abadi..
Alfatihah dan salam takziah dari hati yang paling dalam buat semua penumpang dan krew MH370, MH17 juga QZ801..
No comments:
Post a Comment